BeritaKepimpinanProgramTerkiniUtama

Youth of Ummah (YOU) Camp Siri keempat, 2018

"Kem ini telah dihadiri oleh seramai 105 peserta dan ahli jawatankuasa (AJK) yang datang dari seluruh Australia..."

MELBOURNE, 16 JULAI 2018 – Tahun 2018 merupakan tahun keempat Youth of Ummah (YOU) Camp dianjurkan. Kali ini, tema ataupun slogan yang digunakan ialah ‘The Ummah Needs YOU’ ataupun Ummah perlukan anda bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta akan keadaan umat Islam sama ada di Malaysia atau global yang sedang mengalami pelbagai krisis dan ancaman.

YOU Camp pada tahun ini telah menampilkan dua orang speaker berpengalaman iaitu Saudara Izzat Bin Roslan dan Dr Faiz Yaman. Saudara Izzat yang telah bermaustatin di Australia lebih 5 tahun ini telah menjadi speaker untuk slot berkenaan isu-isu semasa dan juga slot pembinaan jati diri yang berfokuskan pada peranan pemuda dan mahasiswa dalam masyarakat. Manakala Dr Faiz Yaman menjadi speaker untuk slot berkaitan dengan komunikasi dan kepimpinan.

Kem ini telah dihadiri oleh seramai 105 peserta dan ahli jawatankuasa (AJK) yang datang dari seluruh Australia termasuk Melbourne, Canberra, Sydney, Wollongong, Brisbane dan Adelaide.

Pihak ISMA Australia berharap agar para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu dan input yang telah disampaikan. Kami berharap juga agar segala objektif dapat dicapai dengan baik dan efektif demi membentuk mahasiswa untuk menjadi pemimpin ummah pada masa akan datang.

IMRAN HARITH BIN AZMY
Ketua Biro Penerangan, Komunikasi dan Multimedia
ISMA Australia

 

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.