BeliawanisBeritaUtama

Beliawanis NSW anjur Program Quranic Journey bersempena sambutan Isra’ Mikraj

"Perkongsian kisah dan pengajaran mengenai peristiwa Isra' dan Mikraj kepada para mahasiswi"

SYDNEY, 13 April 2018 – Beliawanis NSW telah mengadakan program Quranic Journey bersempena dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj yang disambut pada 27 Rejab setiap tahun. Aktiviti yang diadakan di Laman Quadrangle UNSW ini bertujuan untuk berkongsi kisah dan pengajaran mengenai peristiwa Isra’ dan Mikraj kepada para mahasiswi yang telah hadir.

Antara isi perkongsian Quranic Journey adalah mengenai perjalanan Rasulullah SAW sepanjang peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku. Peristiwa tersebut terdapat dalam Al Quran surah Al-Israa’ yang bermaksud,

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Israa’ : ayat 1)

Disamping menjamu selera , quiz Isra’ dan Mikraj turut diadakan bagi menguji tahap pengetahuan hadirin mengenai peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.

Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang baik daripada para mahasiswi NSW dan semoga bermanfaat kepada semua yang telah hadir.

Nur Asma Al Husna binti Zulkefli
Ahli Biro Penerangan Beliawanis NSW

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.