BeritaBiro KebajikanCawanganTerkiniUtama

Derma orang ramai sebanyak $600 diserahkan kepada pihak keluarga Puan Hafni

Diharapkan agar sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban Puan Hafni dan keluarganya.

MELBOURNE, 17 JULAI 2018 – Pada 1 Syawal 1439H bersamaan dengan 14 Jun 2018 yang lalu, Puan Nurhafni binti Muhammad telah diserang ‘migraine stroke’ yang menyebabkan pendarahan yang teruk di otak beliau.

Beliau telah dihantar ke Monash Medical Centre, Clayton. Doktor telah berjaya mengeluarkan darah beku dikepalanya bagi menyelamatkan nyawa beliau. Beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana keadaannya yang tidak stabil. Lebih merisaukan, Puan Hafni juga sedang mengandung yang berusia 27 minggu.

Hal ini telah mendapat perhatian Biro Kebajikan & Kesukarelawanan (BKK) ISMA Australia. Maka, tabung kilat telah digerakkan untuk meringankan beban Puan Hafni dan keluarganya. Jumlah derma yang telah berjaya dikutip ialah $600 dan telah diserahkan kepada pihak keluarga Puan Hafni oleh Ketua BKK ISMA Victoria, Saudara Zuhaili.

Diharapkan agar sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban Puan Hafni dan keluarganya. Semoga Allah mengganjari dan membalas kebaikan semua pihak yang telah membantu dan menghulurkan bantuan. Marilah bersama-sama kita mendoakan kesihatan Puan Hafni.

IMRAN HARITH BIN AZMY
Ketua Biro Penerangan, Komunikasi dan Multimedia
ISMA Australia.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.