BeritaCawanganProgramTerkiniUtama

Hayati Pengajaran Peristiwa Pengorbanan Nabi di Majlis Takbir Raya Brisbane

Brisbane, 22 Ogos 2018 – ISMA Queensland dengan kerjasama HAKIM dan KUA Brisbane telah berjaya menganjurkan Majlis Takbir Raya Aidil Adha sempena sambutan hari raya korban pada Rabu lepas. Majlis ini dihadiri oleh seramai kira-kira 100 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang berada di Brisbane. Majlis dimulai dengan solat Isya berjemaah diikuti dengan majlis takbir beramai-ramai. Antara pengisian utama program ialah slot tazkirah yang disampaikan oleh Dr Faiz Yaman.

Para hadirin diingatkan bahawa sambutan Aidil Adha perlu difahami, diamati dan dihayati supaya kita benar-benar dapat menyingkap erti pengorbanan bagi seorang Muslim. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang diungkap saban tahun adalah simbolik kepada pengorbanan dan pengorbanan yang lebih bermakna adalah kerana Allah SWT. Pentazkirah turut menekankan bahawa Aidiladha adalah antara platform terbaik untuk umat Islam memperbanyakkan muhasabah diri dan meningkatkan amalan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang-orang yang beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya mengenai orang berdusta.” (Al-Ankabut: 1-3)

Para hadirin turut dihidangkan dengan jamuan makan malam di akhir majlis. Semoga Aidil Adha kali ini membawa seribu satu makna bagi yang hadir dan bagi seluruh umat Islam amnya.

 

Siti Nurul Fadhilah Ab Aziz

Biro Penerangan Queensland

 

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.