BeritaBiro KebajikanTerkiniUtama

ISMA Queensland ziarah Encik Zakaria di Royal Brisbane and Women’s Hospital

"Wang sumbangan orang ramai sejumlah AUD 2317.18 telah diserahkan semasa sesi ziarah tersebut"

BRISBANE, 27 Julai 2018 – Biro Kebajikan & Kesukarelawanan ISMA Quensland yang diketuai oleh Saudara Haziq Hamdan telah menziarahi Encik Zakaria yang sedang terlantar di Royal Brisbane and Women’s Hospital. Kedatangan mereka disambut baik oleh anak Encik Zakaria, Mohd Farhan yang merupakan graduan University of Queensland (UQ).

Menurut Saudara Haziq Hamdan, kesihatan Encik Zakaria dilihat semakin positif tetapi belum ada pengesahan dari pihak hospital. Katanya lagi, urusan penerbangan ayah Farhan dari Brisbane pulang ke Kuala Lumpur adalah percuma di mana penerbangan ditanggung oleh pihak hospital manakala dari KLIA ke Hospital Kuala Lumpur ditanggung oleh pihak Kelab Putra.

Walaubagaimanapun, kos rawatan di hospital masih lagi perlu dibayar dan jumlahnya semakin bertambah setiap hari sehinggalah mendapat pengesahan dari doktor untuk menaiki penerbangan khas yang mungkin lebih kurang 2 minggu lagi atau maksimum selama 4 minggu.

Wang sumbangan orang ramai sejumlah AUD 2317.18 telah diserahkan semasa sesi ziarah tersebut. Orang ramai diharapkan agar dapat menyumbang dan menyebarkan berita ini agar jumlah sumbangan meningkat sekaligus meringankan beban mereka.

Sumbangan boleh dibuat pada akaun:

ISMA QLD (Commonwealth Bank)
BSB: 064 158
Acc no: 1129 0421
Keterangan TK Farhan

Sebarang pertanyaan bolehlah dibuat kepada saudara Haziq Hamdan (Ketua Biro Kebajikan ISMA Queensland) di talian +61 451 252 652

Baca berita berkaitan: Encik Zakaria memerlukan dana kewangan bagi menampung kos rawatan yang kini mencecah AUD15,000

Ditulis oleh:

IMRAN HARITH BIN AZMY
Ketua Biro Penerangan, Komunikasi dan Multimedia,
ISMA Australia.

 

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.