Faiz SyahiranTarbiahUncategorized

Isma Australia : ‘Jadikan Usrah Oksigen Bagi Kita’

Beberapa hari pengembaraanku bersama Pengarah Human Appeal Australia, Bashar Al-Jamal untuk misi bantuan kemanusian kepada pelarian Rohingya di Bangladesh, merupakan satu pentarbiyahan secara langsung bagi diriku.
Aku kagum melihat diri beliau. Dengan usia sebegini beliau masih bersemangat, kuat dan tak henti-henti berkerja untuk umat. Human Appeal merupakan antara badan kebajikan Islam yang paling aktif melakukan kegiatan kebajikan di Australia dan luar negara serta mempunyai cawangan-cawangan antarabangsa lain yang sangat berjaya.
Persoalannya, kenapa beliau bersusah payah untuk orang lain? Beliau sepatutnya sekarang ni menghabiskan masa dengan anak cucu, melancong ke tempat-tempat menarik, berehat dan menikmati kehidupan ini tetapi beliau pilih untuk berpanas, berletih, mengembara jauh-jauh, dari satu tempat ke satu tempat, pergi ke tempat-tempat yg mungkin tidak selesa bagi kita.
Aku terfikir, mana mungkin beliau ni insan yang biasa, tetapi persoalannya apa yang membentuk dirinya sebegini? Jawapan beliau adalah Tarbiyah. Walau di usianya sekarang, beliau masih komited pada usrah mingguan, terlibat dengan program tarbiyah masyarakat sehinggakan beliau mempunyai fikrah dan manhaj yg sangat jelas.
Tarbiyah mendidik individu menjadikan golongan yang berkerja demi ummah, bukan sekadar memikirkan periuk nasi sendiri, bukan sekadar rasa cukup kalau aku ada kerja baik, rumah, kereta biarlah apa berlaku pun janji tak effect periuk nasi aku.
Dalam perjalanan semasa di dalam kapal terbang, beliau berpesan padaku supaya dalam setiap kerja kita, kita mesti buat terbaik dan sempurna. Tanggungjawab umat ada pada bahu kita. Kita mesti bina kekuatan dari dalam dan bersedia menghadapi segala cabaran. Kita wajib fokus untuk akhirat tapi dunia kita jangan tinggalkan sebab kita hidup di dunia sekejap sahaja. Hidup ini bukannya setakat belajar, kerja, kahwin, beranak-pinak, beli rumah dan mati. Ini hanyalah sebuah putaran yang sia-sia jika tiada agenda yang jelas!
Kata-katanya menjadi bukti keberkesanan sistem tarbiyah usrah dan ia merupakan solusi kepada masalah ummah. Usrah bukan untuk pelajar sahaja, usrah bukan untuk yang muda-muda sahaja, usrah bukan hanya berkumpul bergembira sahaja. Malah usrah melahirkan rijal-rijal pejuang agama. Dah bekerja masih lagi komited usrah, dah ada anak cucu masih lagi berusrah. Sampai bila nak komited dengan usrah? Jawapannya ialah sampai tertutupnya mata kita untuk selama-lamanya. Jangan sekali-kali kita tinggalkan usrah jadikan ia satu oksigen bagi kita, kerana kita perlukannya.
Faiz Syahiran bin Noor Ismail
Ahli Jawatankuasa Cawangan (JKC) Isma Australia
Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.