BeritaKepimpinanTarbiah

KARISMA 2017: Isma Australia syor tonjolkan tokoh Isma

Menyahut cabaran serta Aspirasi Isma Australia yang diperkenalkan dalam Ucapan Dasar Pengerusi Isma Australia, Anuar Azemi semasa Persidangan Agung Tahunan Isma Australia ke-3 yang lepas, Saudara Ahmad Azfar Mohamaddiah selaku Ketua Jawatankuasa Isma Australia Cawangan Victoria telah mengupas serta menitipkan beberapa isu dan keperluan yang telah, sedang dan perlu diperhalusi oleh jentera penggerak utama Isma Australia secara holistiknya. Persidangan Agung Tahunan merupakan salah satu komponen utama Konvensyen Aspirasi Isma Australia (KARISMA) yang berlangsung pada 24 hingga 26 September 2017.

“Aspirasi-aspirasi yang telah digariskan oleh Tuan Pengerusi ini perlu untuk kita (semua) sama-sama gerakkan, dan realisasikan agar Isma Australia terus menerus dilihat sebagai relevan dari sudut keperluan semasa mahasiswa-mahasiswi di Australia,” tegas beliau.

“Oleh itu, salah satu jalan yang mampu untuk kita lakukan ialah, back to basic kepada dasar utama pergerakan Isma sebagai sebuah badan dakwah, iaitu DakwahTarbiyah dan Tajmik. Dengan kesedaran bahawa 3 dasar ini dalam diri kita, pastinya aspirasi pertama yang digariskan iaitu Isma Australia menjadi peneraju amal mahasiswa di Australia akan tercapai dengan mudahnya,” kata beliau lagi.

Saudara Azfar juga berpendapat bahawa sekiranya Isma Australia ingin memimpin pandangan umum mahasiswa khususnya di Australia, adalah menjadi satu keperluan untuk Isma Australia terkehadapan dalam menguruskan media sosial.

“Tidak boleh dinafikan lagi, media sosial menjadi satu medium penyampaian yang sangat tinggi penggunaannya pada hari ini. Kejayaan Isma Australia mencapai hampir 11 ribu pengikut di laman rasmi Isma Australia di Facebook boleh dijadikan satu indikator mudah bahawapenerimaan Isma Australia dalam media atas talian semakin tinggi. Maka aspirasi kedua kita mampu tercapai dengan lebih cepat sekiranya kita menggerakkannya dengan lebih baik,” ucapnya lagi.

Dalam sesi penggulungannya, Saudara Azfar menegaskan bahawa menjadi satu kepentingan kepada Isma Australia untuk menonjolkan tokoh-tokoh sedia ada dalam Isma, bukan untuk menunjuk dan berbangga-bangga tetapi untuk membina kepercayaan mahasiswa-mahasiswi di Australia. Tokoh-tokoh inilah yang menjadi bukti kehebatan Isma Australia dalam melahirkan ummah yang beragenda.

Nik Faris Haikal
Ahli Biro Komunikasi dan Multimedia
Isma Australia

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.