BeliawanisBeritaTerkiniUtama

Malam Srikandi Menyemarakkan Semangat Nasionalisme Mahasiswi South Australia

South Australia, 1 September 2018 – Kemuncak sambutan merdeka di Adelaide dimeriahkan dengan Malam Srikandi 2.0 yang bertempat di The University of Adelaide dan telah dihadiri oleh 70 orang peserta.

Malam Srikandi 2.0 merupakan majlis kali kedua diadakan oleh Beliawanis South Australia (SA) dengan mengangkat tema “Roses of Ummah” bertujuan untuk memupuk perasaan izzah sebagai wanita islam di samping semangat patriotik dalam kalangan mahasiswi. Majlis makan malam ini juga merupakan satu platform untuk mahasiswi menonjolkan bakat dengan pelbagai persembahan menarik seperti nyanyian, syair, puisi dan persembahan silat. Selain itu, satu perkongsian yang berbentuk interaktif oleh Ketua Beliawanis Australia, Saudari Anis Amelia tentang sejarah Islam dan melayu telah membuka minda mahasiswi tentang hubung kait yang signifikan antara keduanya.

Pada tahun ini, Beliawanis SA telah menganugerahi Puan Kartini Mustafa dengan “Anugerah Khas Srikandi” untuk menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang bersama-sama menjayakan gerak kerja Beliawanis.

Program ini telah mendapat sambutan dalam kalangan mahasiswi sekaligus merupakan satu kejayaan buat Beliawanis SA. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Nur Atirah Afifah Sezali
Biro Penerangan, Komunikasi & Multimedia
ISMA South Australia

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.