BeritaKepimpinanTerkiniUtama

Perutusan Hari Kebangsaan ke-61 oleh Pengerusi ISMA Australia

"Selamat menyambut hari kebangsaan"

Kemerdekaan bagi bermaksud kita bebas dan berhak mengatur urus dan mentadbir diri, keluarga, masyarakat serta negara berlandaskan syariat Allah SWT. Kemerdekaan ini perlu kita kekalkan.

Mahasiswa di luar negara kemungkinan tidak merasakan penat jerih perjuangan kemerdekaan kerana sempadan geografi, jurang generasi, dan budaya hidup di negara Barat yang berbeza, tetapi amat penting bagi mahasiswa cakna dan prihatin terhadap isu2 kenegaraan yang berlaku di Malaysia.

Kerana andalah pimpinan masa hadapan Malaysia dan andalah yang akan menentukan acuan negara Malaysia. Persoalannya acuan manakah yang akan digunakan? Acuan manakah akan memberikan kita kemerdekaan di dunia dan akhirat?

Persiapkan diri anda bagi menggalas amanah kepimpinan ini. Kepimpinan bermula dengan diri anda, rakan2 anda, keluarga anda. Perbaiki diri anda nescaya negara anda akan makmur dan sejahtera.

Sayangi Malaysiaku

AHMAD AZFAR MOHAMADDIAH
Pengerusi ISMA Australia

 

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.