BeritaCawanganTerkiniUtama

Rakyat Malaysia di Sydney Semarakkan Ibadah Korban

Sydney, 25 Ogos 2018 – Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut dengan meriah dengan program ibadah korban dan akikah yang telah dilaksanakan hasil inisiatif Education Malaysia Australia (EMA)  dan Malaysia Hall Resident Club (MHRC) dengan kerjasama ISMA Australia (NSW) dan IKRAM Australia.

Umat Islam disunatkan melakukan ibadah korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS yang membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.

Sebagai tanda penyaksian amal kepada Allah S.W.T serta mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim AS tersebut, program ibadah korban dan akikah yang berlangsung di Malaysia Hall, Sydney itu telah diadakan sejak awal pagi dan mendapat sokongan daripada Encik Mohd Khalil Zaiyany Sumiran, Pengarah EMA dan Encik Ahmad Zuriat Bin Ahmad Tejuddin, Pengarah MARA Australia dan New Zealand.

Ramai sukarelawan yang majoritinya terdiri dalam kalangan pelajar telah bersama-sama menjayakan aktiviti ibadah ini dengan turut serta dalam penyediaan barangan untuk masakan, rewang serta agihan daging korban yang berlansung dalam suasana penuh ketaqwaan serta semangat perpaduan yang tinggi.

Program tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan tamat sekitar jam 2 petang. Semoga program ibadah korban dan akikah yang telah dilaksanakan ini mencetuskan rasa ketaqwaan dan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia yang menetap di NSW.

Afifah Izzati Rozman
Biro Penerangan, Komunikasi dan Multimedia
ISMA Australia

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.