BeliawanisBeritaProgramTerkiniUtama

Sambutan Meriah di Malam Bulan Di Pagar Bintang 2018, Queensland

Brisbane, 28 Julai 2018 – Program Malam Bulan di Pagar Bintang (MBDB) menutup tirai pada hujung minggu lepas dengan jayanya dengan kehadiran seramai lebih 70 orang peserta. Program yang diadakan khusus buat mahasiswi ini merupakan yang julung-julung kali diadakan di Brisbane.

Bertemakan Melayu Klasik, majlis padat dengan dengan pelbagai persembahan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, serta memberi platform untuk mahasiswi di University of Queensland (UQ) untuk menonjolkan bakat masing-masing. Antara mesej yang ingin disampaikan adalah bagaimana hiburan itu dibenarkan dalam Islam selagimana mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Mesej ini jelas disampaikan dalam slot tazkirah dan perkongsian dari Dr Marlina yang turut sama mengajak peserta untuk lebih mengetengahkan empat muslimah yang disebut dalam kitab suci Al-Quran sebagai ‘role model’ untuk diikuti dan diteladani.

Program yang bertempat di UQ ini adalah hasil kolaborasi antara Beliawanis ISMA Queensland dan Biro Kebajikan dan Kesukarelawanan (BKK) ISMA. Semoga aktiviti yang mendapat sambutan baik daripada para mahasiswi ini dapat terus diadakan pada masa akan datang dan memberi banyak manfaat kepada semua yang hadir.

 

Siti Nurul Fadhilah Ab Aziz

Biro Penerangan Queensland

      

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.