Alumni Australia (AUZIES)BeritaUtama

Seramai 113 lepasan SPM hadir Program Bright Stars anjuran Biro Luar Negara ISMA

BANGI, 17 Mac 2018 – “Kejutan budaya tidak dapat dielakkan. Anda hanya perlu belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru anda dengan cara yang terbaik tanpa menyimpang dari prinsip anda”, kata salah seorang penceramah jemputan, Iqbal Sha’rani yang juga merupakan alumni Royal Melbourne Technology, Australia dalam program Bright Stars, sebuah program pengenalan pengajian luar negara anjuran Biro Luar Negara.

Pesanan yang sama yang telah diberikan oleh penceramah-penceramah jemputan yang lain termasuklah Haziq Rahim, Alumni University of Sheffield, United Kingdom. “Di luar negara, bumikanlah diri kita dengan majlis-majlis ilmu, surau dan masjid. Kerana Tuhan di UK adalah sama sahaja dengan Tuhan di Malaysia. Kita haruslah menjalani hidup mencari Tuhan di mana sahaja kita berada”, tambahnya lagi.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM untuk mengetahui beberapa pilihan dan jalan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Program ini juga menampilkan Shafnah Adnan, alumni University of South Australia sebagai salah seorang penceramah.

Selain sesi perkongsian, program ini juga mengetengahkan slot tawaran biasiswa oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Telekom Malaysia (YTM) diikuti dengan pameran pengajian dan sesi mock interview. Tidak ketinggalan juga adalah slot tips temuduga yang dikendalikan oleh Encik Ikram Badarudin, seorang Pengurus Sumber Manusia.

113 orang peserta yang hadir adalah terdiri dari pelajar Kolej Tunku Kurshiah, SAS, Sekolah Maahamidiah, Seri Puteri, MRSM dan lain-lain lagi. Program satu hari ini telah dijalankan pada 10 Mac 2018 yang bertempat di Auditorium Genom Malaysia.

*Artikel ini dipetik dari laman web rasmi Ikatan Muslimin Malaysia isma.org.my

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.