BeritaKepimpinanProgramTerkiniUtama

Simposium Kepimpinan ISMA Luar Negara (SKIL) 2018

"Biro Luar Negara ISMA sentiasa bertekad penuh semangat membina duta-duta kecil Islam yang berkaliber, berkualiti, berwibawa dan berwawasan"

BANGI, 1 JULAI 2018 – Buat julung kalinya, Biro Luar Negara menyediakan pentas buat para pimpinan Mahasiswa Luar Negara menggilap potensi dan mempersiapkan diri sebagai pemimpin masa depan negara yang bertaqwa, beragenda dan berkemahiran tinggi, iaitu Simposium Kepimpinan ISMA Luar Negara (SKIL).

SKIL 2018 menyaksikan pembentangan idea-idea kepimpinan yang berprinsip, proaktif dan segar diterbangkan khas dari Mesir, Jordan, Jepun, Korea, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan India di samping penyertaan dari alumni-alumni ISMA Luar Negara yang turut hadir pada SKIL 2018.

Program ini telah berjaya menghubungkan pimpinan-pimpinan ISMA Luar Negara untuk bertukar-tukar buah fikiran dan idea berkenaan pelbagai perkara khususnya dalam amal organisasi dan kepimpinan di samping berkenal-kenalan dan mengeratkan silaturahim.

Menjunjung aspirasi Ketua Biro Luar Negara (BLN) ISMA, Tuan Muhammad Lukman Al-Hakim bahawasanya ISMA sedang mempersiapkan barisan kepimpinan muslim berwibawa untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang. BLN Ikatan Muslimin Malaysia sentiasa bertekad penuh semangat membina duta-duta Islam yang berkaliber, berkualiti, berwibawa dan berwawasan.

Simposium  ini telah diadakan selama dua hari di Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia di Bandar Baru Bangi, Selangor yang dihadiri oleh lebih 40 orang mahasiswa luar negara dan alumni. Simposium ini dijangkakan akan berlangsung lagi pada tahun yang akan datang dan akan menjadi program tahunan bagi Biro Luar Negara (BLN) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

*Kredit kepada laman Dakwah Merentas Benua

IMRAN HARITH BIN AZMY
Ketua Biro Penerangan, Komunikasi & Multimedia,
ISMA Australia.

 

Album penuh: https://www.facebook.com/pg/dakwahmerentasbenua/photos/?tab=album&album_id=1761516033945033

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.