BeritaTerkiniUtama

Ceramah khas sempena Hari Raya Aidil Adha di Dewan Malaysia Sydney meriah

Ceramah ini telah dihadiri oleh hampir 50 rakyat Malaysia yang berada di Sydney dan turut diserikan lagi dengan sesi soal jawab sebelum ceramah berakhir.

Sydney, 18 Ogos 2018 – ISMA New South Wales (NSW) telah menganjurkan ceramah khas sempena Hari Raya Aidiladha 1439H pada Sabtu lepas. Ceramah tersebut telah diadakan selepas solat fardhu Isya’ dan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Muzaffar, Atase Pendidikan. Ceramah ini telah dihadiri oleh hampir 50 rakyat Malaysia yang berada di Sydney dan turut diserikan lagi dengan sesi soal jawab sebelum ceramah berakhir.

Ustaz Muzaffar menerangkan bahawa kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijah banyak disebut dalam al-Quran dan hadis, bahkan turut diakui majoriti ulama.

Tambah beliau lagi, antara amalan yang digalakkan untuk dilaksanakan oleh umat Islam pada 10 hari terawal Zulhijjah termasuklah melaksanakan amalan soleh seperti bersedekah, membaca Al-Quran dan berzikir selain berpuasa sunat seperti berpuasa pada 9 Zulhijjah yang memberikan kelebihan iaitu Allah akan mengampunkan dosa orang berpuasa itu setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Ceramah ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1439H yang bakal disambut pada hari Selasa 21 Ogos 2018.

AFIFAH IZZATI ROSMAN
Biro Penerangan, Komunikasi dan Multimedia
ISMA Australia

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.