BeliawanisBeritaTerkiniUtama

Tahniah Dr Adilah Zafirah atas kejaayaan menamatkan PhD dalam bidang keusahawanan!

Dr Adilah Zafirah merupakan antara pimpinan dan aktivis ISMA Australia yang sangat aktif di peringkat negeri dan nasional.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Dr Adilah Zafirah binti Mohd Suberi atas kejayaan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan dan sekaligus bergelar doktor falsafah dengan tesis perakaunan bertajuk ‘Information sources linkages to the equity market response to strategic alliance announcements’.

Dr Adilah Zafirah merupakan antara pimpinan dan aktivis ISMA Australia yang sangat aktif di peringkat negeri dan nasional. Kesibukan beliau tidak dijadikan alasan dan penghalang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Tidak ketinggalan ucapan tahniah dan terima kasih juga kepada ibu bapa dan ahli keluarga serta rakan-rakan di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada beliau sehingga berjaya menamatkan pengajian PhD.

ISMA Australia mendoakan semoga kejayaan ini memberi manfaat dan motivasi kepada beliau dan rakan-rakan untuk terus cemerlang pada masa hadapan. Semoga beliau terus mencurah bakti demi agama, bangsa dan negara kelak.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.