BeritaProgramTerkiniUtama

Tok Janggut: Pejuang Murni Agama dan Tanah Air

Hj. Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Janggut. Banyak berjasa dalam memperjuangkan tanah air dari cengkaman penjajah British ketika itu.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil.

Penjajahan Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata amat menindas penduduk watan. Mat Hassan pulang ke Kelantan takkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Baharu tidak terdaya lagi melawan penjajahan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajahan Inggeris tersebut.

Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan “Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.

Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.

Sumber:
1. https://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/
2. http://mannsgor.blogspot.com/…/hj-mat-hassan-bin-panglima-m…
3. https://ms.wikipedia.org/…/Haji_Hassan_bin_Panglima_Mat_Mun…

PERADUAN KARYA KREATIF KEMERDEKAAN 2018
Hantar penyertaan anda melalui ‘link’ dibawah:
http://bit.ly/karyakreatif2018

#IniNegaraPerjuangan
#Kemerdekaanke61

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.